1. PENGENALAN
FORMULA S.M.K.C.P
Pengenalan ibarat wajah kita sebagai penarik kepada para pembaca terutamanya seorang pemeriksa agar mereka terus minat utk membaca sehingga ke titisan coretan dakwatterakhir.
Apa itu S. M. K. C. P.
S✍️ SITUASI TAJUK
M ✍️ MENGAPA
K ✍️ KESAN
C ✍️ CONTOH
P ✍️ PENEGAS + PERIBAHASA @ PERSOALSN
CONTOH = 👇👇👇
S = Isu gejala sosial dalam kalangan remaja semakin meruncing sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru.
M = kemelut ini mungkin disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dan juga penyalah gunaan Internet yg menghakis nilai2 murni dalam sanubari remaja.
K = Sekiranya masalah ini tidak ditangani dari akar umbinya, nescaya remaja akan terus terjebak ke dalam pelbagai kancah jenayah seperti dadah, buli, dan lumba jaram ( C) yang sudah pastinya memusnahkan masa depan mereka.
P = Tuntasnya (penegas), telah tiba detiknya untuk semua pihak memandang serius permasalahan ini agar pelbagai prakarsa yang proaktif dan holistik dapat dicanang sekali gus melahirkan remaja yg memiliki jati diri yg mampan.....
Nak lebih pro 💯💯💯 banyakkan latihan pengenalan menggunakan Teknik SMKCP untuk semua tajuk...
Selamat mencuba 💪💪💪
No comments:
Post a Comment